Kes Zara Qairina: Ada elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WUJUD elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual berkaitan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13.

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sesi penerangan menteri berhubung isu itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Saifuddin Nasution, siasatan menyeluruh dan terperinci yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati wujudnya ketiga-tiga elemen tersebut.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan pentadbir sekolah supaya tiada percubaan menutup sesuatu isu sekiranya melibatkan elemen sedemikian.

“Ya, ada elemen buli, jelas. Sebab itu pihak kita juga sama. Tak boleh ada usaha atau percubaan menutup elemen buli. Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk anak-anak kita.

“Para pentadbir sekolah harus diingatkan, kalau ada insiden ini bawa ke tengah. Sebab itu siasatan kita menjurus hala tujunya kepada elemen buli. Ya, yang sudah pun kita lengkapkan siasatan itu.

Baca artikel lain: Jangan jadikan kes kematian Zara Qairina senjata politik – Anwar

“Ya, ada elemen pengabaian kerana adik ini ada membuat aduan kepada pihak sekolah. (Memang) ada, kita siasat elemen pengabaian.

“Ada elemen gangguan seksual, kita siasat juga. Demikian terpulang kepada Peguam Negara untuk menetapkan hala tuju sama ada tuduhan itu dapat dibuat atau tidak,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution turut menafikan dakwaan kononnya kes tersebut cuba ‘ditutup’ dan prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi oleh pihak berkuasa.

Walaupun mengakui berlaku ketidakpatuhan dalam proses awal, beliau menegaskan ia tidak sama sekali menjejaskan integriti siasatan terutama selepas Bukit Aman mengambil alih.

“Saya ingin menegaskan dari awal hinggalah proses bedah siasat dibuat, tiada sebarang cubaan penutupan kes atau cover up oleh mana-mana pihak berkuasa.

“Sebarang tindakan diambil adalah berdasarkan fakta, laporan dan permohonan yang sah.

““Tuduhan mengatakan bahawa kes ini cuba ditutup, cuba dimanipulasi adalah tuduhan yang sangat berat, tidak mencerminkan realiti tindakan pihak berkuasa daripada awal hingga kini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This