Kerajaan MADANI tolak, hentikan amalan rundingan terus – Perdana Menteri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN MADANI menolak serta telah memberhentikan amalan rundingan terus dan beralih kepada perolehan tender bagi projek pembangunan biasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perolehan rundingan terus yang dibuat tergesa-gesa tanpa penelitian hanya membazirkan wang rakyat dan memanfaat sekumpulan kecil elit mahakaya.

Sedangkan, kata Perdana Menteri, projek-projek besar seperti tebatan banjir, sekolah, jalan raya dan kesihatan menelan belanja begitu besar.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak boleh lagi bertolak ansur dengan amalan bobrok yang hanya membuka ruang kepada ketirisan, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

“Seyogia, sebilangan kelulusan lalu yang dibuat dengan tergopoh-gapah telah dibatalkan dan ditender semula. Ini bagi memastikan projek cakna rakyat dan berimpak tinggi dilaksana dengan nilai faedah terbaik dan memberi penjimatan kepada Kerajaan.

“Pada masa ini, urusan perolehan Kerajaan dikawal selia berpandukan Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan serta penerbitan Pekeliling Perbendaharaan.

“Peraturan semasa hanya bersifat pentadbiran. Sebarang pelanggaran dan ketidakaturan oleh penjawat awam hanya diambil tindakan tatatertib dan tidak terpakai kepada pesara,” katanya ketika membentangkan bacaan kali kedua RUU Perolehan Kerajaan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi menjawab cabaran itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan telahpun menggerakkan beberapa kerangka penting seperti Kerangka Ekonomi MADANI serta Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Jelas beliau, kerangka-kerangka itu digarap bukan sahaja dalam memperkukuh ekonomi, tetapi bagi meleraikan segala kebejatan yang membelit negara sejak sekian lama.

“Usaha memecahkan hegemoni dan monopoli kartel, dari telur, ayam, sayur-sayuran, hinggalah ubat-ubatan sedang digerak dan dilaksanakan, meski jalannya penuh onak dan duri,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This