PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa gambaran yang diberikan dalam keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) adalah tidak tepat.
FAM dalam kenyataan memaklumkan, dakwaan bahawa pemain ‘memperoleh atau mengetahui mengenai dokumen palsu’ adalah tidak berasas kerana tiada bukti kukuh dikemukakan setakat ini.
FAM menegaskan bahawa para pemain warisan yang terlibat adalah rakyat Malaysia yang sah.
“Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kesilapan yang berlaku berpunca daripada wrong submission iaitu ralat pentadbiran (administrative error), apabila seorang kakitangan tersilap memuat naik dokumen daripada ejen dan bukannya dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Rayuan rasmi kini sedang disediakan dengan menggunakan dokumen asal yang sah serta disahkan oleh Kerajaan Malaysia,” jelas FAM dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: FAM perlu jawab secara jelas alasan penghakiman FIFA – Hannah Yeoh
Mengulas lanjut, FAM memberitahu, pihaknya akan mengemukakan rayuan rasmi berhubung kesimpulan ini dan kekal komited mempertahankan integriti bola sepak negara berdasarkan fakta serta dokumen sahih.
Terdahulu, FIFA tampil dengan bukti penggunaan dokumen palsu dikemukakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi pendedahan asal usul datuk dan nenek tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Dalam laporan rasmi bertajuk ‘Notification of the Grounds of the Decision’, Jawatankuasa Tatatertib FIFA mengesahkan wujud percanggahan dalam dokumen asal dikemukakan semasa proses pendaftaran pemain-pemain berkenaan.
Laporan itu menjelaskan, hukuman tersebut dikenakan susulan pelanggaran di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA membabitkan pemalsuan serta pengubahsuaian dokumen rasmi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

