Larangan arak dalam majlis rasmi selari dengan Perlembagaan, rukun negara dan maqasid syariah – IKIM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

INSTITUT Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menegaskan bahawa pendirian untuk tidak menghidangkan arak dalam acara rasmi adalah satu dasar yang wajar dipertahankan kerana selaras dengan Perlembagaan, prinsip pentadbiran, nilai Islam dan keharmonian sejagat.

Ketua Pengarah IKIM, Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, asas pendirian itu terletak pada Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Katanya, ia selaras dengan prinsip Rukun Negara ketiga, Keluhuran Perlembagaan adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menjunjung Perkara 3(1) yang memperuntukkan “Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

“Peruntukan ini meletakkan satu kerangka nilai dan identiti bagi negara. Justeru amalan rasmi kerajaan wajar mencerminkannya.

“Falsafah Rukun Negara turut menjadi panduan, di mana prinsip pertama, Kepercayaan kepada Tuhan dan prinsip kelima, Kesopanan dan Kesusilaan menuntut agar penganjuran majlis rasmi sentiasa memelihara tatasusila luhur serta menjauhi unsur yang boleh menghilangkan kewarasan akal,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohamed Azam berkata, Pendirian kerajaan untuk tidak menghidangkan arak dalam majlis rasmi bukan perkara baharu, sebaliknya dasar yang konsisten sejak lebih lima dekad.

Katanya, larangan itu bermula dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1970, diperkuat melalui WP 5.1/2013 dan ditegaskan semula pada 24 September 2024.

Beliau menegaskan, garis panduan tersebut menjadi benteng maruah negara serta cerminan jati diri pentadbiran awam.

“Sehubungan itu, IKIM menyeru agar semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan mematuhi sepenuhnya arahan perbendaharaan yang telah lama berkuat kuasa ini tanpa sebarang kompromi.

“Sebarang percubaan untuk melanggar arahan ini bukan sahaja mencabar Perlembagaan dan Rukun Negara, tetapi juga secara terang-terangan mengingkari peraturan pentadbiran dan menjejaskan prinsip kesejahteraan umum yang menjadi benteng maruah negara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This