ASEAN pantau pelaksanaan pelan komprehensif Trump tamatkan konflik Gaza

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MALAYSIA menyambut baik pelan komprehensif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bagi menamatkan konflik Gaza, yakni satu permulaan penting ke arah keamanan yang adil dan berkekalan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ASEAN akan terus memantau pelaksanaannya agar ia menjelmakan penyelesaian politik yang menyeluruh dan saksama bagi rakyat Palestin.

“Kita percaya, jalan keluar bagi sebarang krisis bukanlah pengasingan sebaliknya penglibatan sama ada di Gaza, Myanmar, Ukraine mahupun Korea Utara.

“Melalui Deklarasi Kuala Lumpur sempena 20 Tahun Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), Malaysia memperteguh keyakinan bahawa kepelbagaian bukan penghalang, tetapi kekuatan yang menyatukan kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terkait situasi Myanmar, Perdana Menteri berkata, Malaysia kekal komited kepada prinsip Konsensus Lima Perkara sambil meneruskan pendekatan kemanusiaan dan keterlibatan dengan semua pihak.

Baca artikel lain: UMNO tak larang mana-mana ahli berhubung dengan sesiapa – Asyraf

“Gencatan senjata mesti dihormati, bantuan mesti disalurkan tanpa halangan, dan dialog inklusif perlu diteruskan menuju pemulihan demokrasi.

“Dalam isu Laut China Selatan, kita menegaskan penyelesaian mesti dipacu oleh ASEAN berlandaskan undang-undang antarabangsa, khususnya UNCLOS 1982 dan bukan melalui tekanan luar,” katanya lagi.

Pada masa sama, Anwar berkata, EAS mengalu-alukan kehadiran Brazil dan Afrika Selatan, suara negara-negara selatan yang berkongsi aspirasi untuk memperjuangkan demokrasi, solidariti dan kerjasama pelbagai hala.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat pekerja restoran aniaya kucing, masukkan dalam guni di Teluk Intan

POLIS menjalankan siasatan kes seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran di Taman Melor, Teluk Intan disyaki menganiaya seekor kucing...

More Articles Like This