ASPIRASI Bandar Pintar Malaysia inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak mungkin dicapai sekiranya ia didukung oleh kerajaan semata-mata.
Menterinya Nga Kor Ming menegaskan, ia memerlukan kerjasama erat di antara sektor awam dan swasta bagi memenuhi impian yang membawa banyak kebaikan itu.
“Sebagaimana kita sedia maklum, KPKT melalui pelbagai inisiatif seperti Bandar Pintar Malaysia, amat menitikberatkan pembangunan persekitaran binaan yang mampan, berdaya huni dan berteknologi tinggi.
“Pada masa sekarang terdapat banyak inovasi seperti sistem alatan tandas automatik, ‘flush’ valve pintar serta konsep bilik air pintar.
“Saya berharap lebih banyak syarikat menyokong usaha ini dalam industri dengan memperkenalkan inovasi yang bukan sahaja berdaya saing dari segi teknologi, tetapi juga memberi manfaat kepada komuniti dan alam sekitar,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel lain: PM ucap takziah atas pemergian Konduktor Orkestra Tradisional
Beliau mengambil contoh pembinaan Pusat Pengalaman Bilik Pameran Rigel yang selari dengan aspirasi KPKT untuk memperkukuhkan penggunaan teknologi hijau dan penyelesaian pintar dalam sektor pembinaan serta kemudahan awam.
Jelasnya, teknologi seperti sistem bilik air automatik dan produk penjimatan air bukan sekadar meningkatkan kebersihan tetapi menyumbang kepada pengurusan sumber air – satu perkara yang menjadi fokus penting kementerian.
Dalam pada itu, Kor Ming berkata, KPKT akan menganjurkan Anugerah Toilet of The Year Award Tahun 2025 (TOTYA) untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang memberikan komitmen dalam mewujudkan tandas awam bertaraf ‘BMW’.
“KPKT telah mengorak langkah untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap kebersihan tandas awam dengan meningkatkan pengurusan kebersihan dan keselesaan tandas-tandas awam melalui konsep Tandas Awam ‘BMW’.
“Konsep tandas awam ‘BMW’ ini jika dilaksanakan dengan cara yang betul maka ia akan dapat meningkatkan imej negara terutamanya di kalangan pelancong-pelancong,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

