MAYAT seorang lelaki yang hanya memakai seluar panjang ditemukan di tepi sungai berhampira sebuah kolej swasta di Bandar Sunway, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan, mayat tanpa identiti itu dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa lama berdasarkan keadaan fizikal.
Namun, Wan Azlan tidak memaklumkan tempoh khusus lelaki tersebut telah meninggal dunia.
Menurut beliau, pihaknya telah menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 7.10 malam memaklumkan penemuan satu mayat di tepi sungai berhampiran kolej swasta di Bandar Sunway itu.
“Identiti serta bangsa individu itu masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai di lokasi kejadian.
Baca artikel lain: Lelaki maut ditetak adik ipar hingga putus kepala di Jerlun
“Pemeriksaan fizikal juga tidak dapat dijalankan di tempat kejadian berikutan keadaan mayat yang tidak sempurna,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Azlan memberitahu, mayat tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan identiti mangsa.
Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR) buat masa ini sementara menunggu laporan penuh bedah siasat dan siasatan lanjut polis.
“Pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini atau kehilangan ahli keluarga agar tampil menghubungi Balai Polis Bandar Sunway di talian 03-5621222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-78627222 bagi membantu siasatan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

