UMNO belum bincang penyertaan semula KJ tapi Zahid tak sanggah laporan media

Dari Penulis

UMNO masih belum mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan sama ada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa KJ menyertai semula parti itu dalam masa terdekat.

Perkara itu dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seperti dilapor Sinar Harian Online, hari ini.

Ahmad Zahid menegaskan, pertemuan dengan Khairy hanya secara kebetulan bagi menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman dua minggu lalu.

Pada masa sama, beliau berkata, pertemuan itu pun tidak melibatkan sebarang perbincangan politik.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menyanggah mana-mana laporan media yang menulis tentang kemungkinan bahawa KJ akan menyertai semula UMNO.

Baca artikel lain: ‘UMNO tak pernah menutup pintu kepada sesiapa yang mahu kembali’ – Asyraf

“Saya cuma bertemu dengan beliau di majlis perkahwinan dan kami tidak berbincang apa-apa pun. Apa yang terpapar di media hanyalah berita yang ditulis oleh media.

“Saya amat menghormatinya dan tidak mahu menyanggah mana-mana wartawan yang menulis mengenai perkara itu, seperti mana yang pernah disanggah oleh seseorang,” katanya.

Sebagai rekod, Khairy dipecat daripada UMNO pada Januari 2023 berikutan kelantangannya mengkritik kepimpinan tertinggi parti ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau turut tewas ketika bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Media sebelum ini melaporkan Khairy dijangka menyertai semula UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung bulan ini.

Sumber berkata, bekas Ahli Parlimen Rembau itu yang kini menjadi penyampai radio di Hot FM sudah mendapat ‘restu’ pimpinan tertinggi UMNO khususnya Ahmad Zahid untuk kembali ke pangkuan parti itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri X70 kemalangan di LPT2 meninggal dunia

SEORANG wanita yang dilaporkan putus kaki kiri selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh...

More Articles Like This