Situasi banjir makin buruk, 11,926 mangsa ditempatkan di 77 PPS

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SITUASI banjir yang melanda negara dilihat makin memburuk dengan 11,926 mangsa telah pun dipindahkan ke 77 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri.

Kelantan terus mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 9,022 orang daripada 3,319 keluarga mendapatkan perlindungan di 37 PPS yang dibuka di negeri berkenaan.

Berdasarkan laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 11 PPS di Tumpat telah pun menempatkan 4,688 mangsa daripada 1,873 keluarga setakat pukul 12.34 tengah hari tadi.

Ia diikuti daerah Kota Bharu yang menyaksikan 2,483 mangsa mendapatkan perlindungan di 19 PPS.

Seramai 1,723 mangsa daripada 545 keluarga pula telah dipindahkan ke enam PPS di Bachok manakala 128 mangsa mendapatkan perlindungan di sebuah PPS yang dibuka di Pasir Puteh.

Sementara itu, situasi banjir di Perak turut menunjukkan peningkatan mangsa yang terlibat melibatkan 1,329 orang daripada 426 keluarga.

Baca artikel lain: UniMAP aktifkan bilik gerakan banjir, anjur istiadat konvokesyen khas

Daerah Manjung merekodkan seramai 781 mangsa daripada 248 keluarga yang telah ditempatkan di 10 PPS manakala 460 mangsa berada di lima PPS di Perak Tengah.

Sebanyak lima PPS di Kulim dan Kubang Pasu, Kedah turut dibuka melibatkan 392 mangsa daripada 133 keluarga.

Banjir turut melanda dua daerah iaitu Padang Besar dan Kangar di Perlis dengan enam PPS telah dibuka.

Situasi tersebut menyaksikan seramai 435 mangsa daripada 155 keluarga telah dipindahkan ke PPS tersebut.

Dalam pada itu, seramai 285 mangsa daripada 94 keluarga telah pun dipindahkan ke sebuah PPS yang dibuka di daerah Besut, Terengganu.

Jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang turut meningkat sedikit kepada 327 mangsa daripada 79 keluarga ditempatkan di empat PPS di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.

Dalam pada itu, banjir di Selangor telah pun melanda tiga daerah baharu iaitu Hulu Langat, Kuala Selangor dan Shah Alam selain Sabak Bernam yang telah pun dilanda banjir, pagi tadi.

Seramai 92 mangsa daripada 24 keluarga telah dipindahkan ke lima PPS di negeri berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Segamat kurang 49 doktor, KKM diminta tambah petugas

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) diminta menambah bilangan petugas kesihatan terutama doktor di Hospital Segamat ekoran keperluan yang semakin mendesak. EXCO Kesihatan...

More Articles Like This