12 terselamat, lori Jabatan Perhutanan Perak jatuh gaung akibat jalan licin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 12 individu berdepan detik cemas selepas lori Jabatan Perhutanan Perak dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam lima meter di Jalan Gunung Batu Putih-Hutan Lipur Kuala Woh dekat Tapah, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Johari Yahya memaklumkan, insiden itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika lori Jabatan Perhutanan Perak itu dalam perjalanan balik setelah menjalankan tugas memasang papan tanda di sekitar Gunung Batu Putih.

Beliau berkata, kejadian itu melibatkan pemandu lori bersama 11 orang penumpang yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Perhutanan Perak dan malim gunung.

“Siasatan awal mendapati, tayar sebelah kiri lori disyaki telah tergelincir ke sebelah kiri jalan semasa menuruni jalan berbukit tersebut akibat keadaan jalan yang sempit dan licin.

“Akibat daripada itu, lori tersebut telah hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri serta berpusing beberapa kali sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam anggaran lima meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Lelaki maut, adik cedera Honda Civic terbabas sebelum terbalik dekat Jasin

Mengulas lanjut, Johari berkata, kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu telah berjaya keluar daripada lori tersebut dengan bantuan orang awam dan pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa yang tercedera telah dihantar ke Hospital Tapah untuk mendapatkan rawatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan merancang perjalanan dengan sebaik mungkin terutama ketika musim tengkujuh bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This