DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melaksanakan kerja pengalihan aliran air bagi menghalang laluan air ke kawasan terjejas susulan insiden tanah runtuh di Taman United, Seputeh, pagi tadi.
Dalam hantaran di Facebook, DBKL memaklumkan, kerja pengalihan aliran air itu adalah langkah awal yang sedang dilaksanakan di Taman United.
Menurut DBKL, langkah itu bagi mengurangkan risiko pergerakan tanah sebelum kerja-kerja seterusnya dijalankan.
“DBKL telah turun ke lokasi kejadian pergerakan tanah di Taman United melibatkan Jalan Sepadu 6 dan Jalan Sepadu 7 ekoran cuaca hujan berterusan di Kuala Lumpur bagi menilai keadaan sebenar dan mengarahkan tindakan segera di lapangan.
“DBKL akan terus memantau situasi ini demi keselamatan warga kota,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Tanah runtuh di Seputeh, dua blok pangsapuri kos rendah diarah dikosongkan
Sementara itu, DBKL memaklumkan, pihaknya turut meninjau keadaan kejadian pergerakan tanah yang berlaku di kawasan tanah persendirian di Jalan Medang Tanduk.
Katanya, ia bagi memastikan tindakan mitigasi dapat diambil secepat mungkin.
Terdahulu, dua blok pangsapuri kos rendah merangkumi sebanyak 104 unit serta premis berhampiran di Jalan Sepadu 6-Taman United, Seputeh telah diarah dikosongkan susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan berkenaan, pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah menerima laporan berhubung kejadian tanah runtuh itu pada pukul 11.02 pagi tadi.
Serentak dengan itu, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera utiliti telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

