POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada kemalangan jiwa berhubung nahas melibatkan tiga buah kereta dengan enam buah motosikal di Lebuhraya Sultan Iskandar, Iskandar Puteri, semalam.
Insiden tersebut turut tular di laman media sosial sejak malam semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan memaklumkan, pihaknya mengesahkan satu video berdurasi lapan saat yang tular memaparkan tentang kejadian tersebut.
Menurut Kumarasan, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 7.10 petang di Kilometer (KM) 44, Lebuhraya Sultan Iskandar.
Baca artikel lain: Cuba rempuh kenderaan polis dan pandu lawan arus di PLUS, pemandu lori positif syabu ditahan
“Setakat ini polis telah menerima tiga laporan daripada mangsa kemalangan.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Kumarasan berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pejabat Pertanyaan BSPTD Iskandar Puteri di talian 07-5101322 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

