Kurniaan kebenaran guna air boat perlihat keprihatinan Agong – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KURNIAAN kebenaran menggunakan dua air boat milik peribadi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperlihatkan keprihatinan tinggi Seri Paduka terhadap keselamatan dan kebajikan rakyat khususnya di kawasan yang terjejas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjunjung kasih ke atas Seri Paduka atas limpah pengurniaan air boat bagi tujuan operasi menyelamat ketika musibah banjir.

“Bagi pihak Kerajaan MADANI, saya merafak setinggi-tinggi penghargaan atas dukungan ini yang akan memperkukuh kesiapsiagaan.

“Ia melancarkan gerak kerja penyelamatan bersama agensi-agensi di lapangan jika berlaku gelombang kedua musibah banjir nanti.

“Semoga dengan ikhtiar dan kerjasama semua pihak, usaha membantu mangsa banjir dapat dipertingkat dan keselamatan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Baca artikel lain: Agong kurnia kebenaran guna air boat bagi operasi menyelamat banjir

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan dua air boat berkuasa tinggi milik peribadi sebagai antara aset operasi menyelamat ketika berlaku musibah banjir.

Dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka menzahirkan perkenan itu susulan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Pada masa sama, kedua-dua air boat itu boleh digunakan sebagai persediaan agensi keselamatan dalam melaksanakan misi menyelamat jika berlaku gelombang kedua banjir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This