STATISTIK Migrasi Antarabangsa Malaysia 2025 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan anggaran jumlah penduduk bukan warganegara di negara ini sebanyak 3.38 juta.
DOSM menerusi laman web rasminya memaklumkan, peratusan penduduk bukan warganegara pada 2025 menunjukkan penurunan sebanyak 0.1 mata peratus berbanding pada 2024.
Menurut DOSM, kadar pertumbuhan tahunan penduduk bukan warganegara menurun daripada 13.6 peratus pada 2024 kepada -0.5 peratus pada 2025.
“Nisbah jantina penduduk bukan warganegara di Malaysia adalah 228 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala umur penengah pula ialah 29.2 tahun, meningkat sebanyak 0.2 tahun daripada 29.0 tahun pada 2024.
“Komposisi penduduk bukan warganegara umur bekerja (15-64 tahun) menurun kepada 79.8 peratus (2.70 juta orang) pada 2025 daripada 79.9 peratus (2.71 juta orang) pada 2024 manakala nisbah tanggungan jumlah kekal tidak berubah pada 2024 dan 2025 iaitu 25.2,” jelas DOSM.
Baca artikel lain: Warga asing bertindak agresif guna senjata tajam ditahan
Menurut DOSM, Statistik Migrasi Antarabangsa Malaysia 2025 merupakan penerbitan yang julung kali dikeluarkan bagi membentangkan statistik migrasi antarabangsa di Malaysia.
Menurut DOSM, penerbitan pertama yang diterbitkan itu memberi fokus kepada penyusunan data anggaran semasa penduduk bukan warganegara bagi 2025 di peringkat nasional, negeri dan daerah pentadbiran.
Selain itu, jelas DOSM, statistik satelit yang berkaitan stok penduduk bukan warganegara di Malaysia dan warganegara di luar negara turut dimuatkan pada penerbitan ini sebagai indikator tambahan dan pelengkap.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

