DAKWAAN kononnya Perikatan Nasional (PN) sedang menuju kehancuran susulan peletakan jawatan beberapa figura besar disifatkan tidak benar.
Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan peletakan jawatan itu hanya melibatkan beberapa individu sahaja.
Kata beliau, tiada mana-mana pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digugurkan atau meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri dengan Kerajaan Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu masih berjalan seperti biasa.
Afnan Hamimi berkata, beliau tidak pernah menulis bahawa PN akan berkubur.
Malah, katanya, usul Pemuda Pas yang diluluskan dalam Muktamar parti itu sebelum ini menyatakan bahawa PN mesti perlu terus dijaga dan diperkasa.
“Riuhlah sekejap sehari dua. Biasalah. Waktu tengah konflik, tengah panas, riuhlah.
“Pakat meluah rasa, melontar kritikan, memberi pandangan tetapi selepas keadaan reda, masing-masing mohon maaf. Ukhwah bertaut kembali.
“Harapan rakyat kepada PN terlalu tinggi, setelah harapan mereka kepada Pakatan Harapan (PH) berkubur tiada harapan,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Baca artikel lain: ‘Saya masih Presiden Bersatu, kekal setia dalam PN’, kata Muhyiddin
Dalam pada itu, Afnan Hamimi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar mendakwa ramai yang memberi sokongan kepada idea penyatuan PN dengan Muafakat Nasional (MN) yang beliau nyatakan sebagai ‘PN+MN’.
Menurutnya, ramai yang berharap supaya penyatuan ummah itu benar-benar dapat diusahakan kembali demi kepentingan Islam dan Melayu yang majoriti serta memelihara kaum lain yang minoriti.
Sekiranya wujud penyatuan melalui PN+MN, Afnan Hamimi berkata, DAP dan PH akan benar-benar rasa tergugat.
Jelas Afnan Hamimi, PN atau MN berdiri secara sendiri sahaja tidak mencukupi, justeru ia memerlukan penyatuan kedua-duanya dengan membentuk PN+MN.
“Tidak dinafikan, satu cara untuk melemahkan PH khasnya DAP ialah melalui penyatuan ummah.
“Sekarang mereka naik tocang sebab Melayu Islam tidak bersatu. DAP dan PH akan terus berusaha supaya kita tidak bersatu. Kenapa? Supaya mereka dapat terus berkuasa buat apa sahaja.
“Jika wujud PN+MN, mereka akan hilang semua kuasa yang mereka ada sekarang.
“Semua tahu perkara ini, lebih-lebih lagi DAP. Mereka ada think-tank, mereka ada kajian akademik dan kajian lapangan. Mereka sedar keadaan ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

