Kesan konflik Asia Barat ambil masa panjang untuk pulih – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa proses pemulihan kesan daripada kemelut yang melanda di Asia Barat akan mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan.

Perkara tersebut merupakan dapatan yang diperoleh selepas Perdana Menteri mengadakan perbualan bersama Presiden Iran, pimpinan negara-negara Teluk, Arab Saudi, Turkiye, Mesir dan Presiden Indonesia.

“Bila perkara ini berlaku tentunya jejaskan rantaian bekalan global khususnya tenaga dari Malaysia tidak terkecuali, cuma kita harus bersyukur kehadrat Allah SWT kerana kita memasuki fasa ini dalam keadaan ekonomi yang relatif lebih stabil.

“Kita dapat bertahan RON95 umpamanya dengan RM1.99 itu mengejutkan kerana kalau lihat kos dan harga minyak dengan orang terpaksa beratur ada catuan di negara-negara rantau itu tentunya merimaskan.

“Kita harus terima kenyataan bahawa keadaan tidak seperti biasa. Kalau keadaan itu mencemaskan, maka kita juga mesti bertindak sesuai dengan tuntutan masa dan kita mesti ikut rancangan kita,” katanya menerus taklimat ringkas, malam ini.

Anwar menambah, kerajaan juga telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan memilih tokoh-tokoh yang berwibawa bagi membantu mendepani situasi ini.

“Kita telah mengadakan beberapa program khas baik Jemaah Menteri, Jawatankuasa-Jawatankuasa Khas supaya penggunaan bahan api itu terkawal, bekalan tenaga terjamin.

“Kita ucap terima kasih kerana perancangan PETRONAS dapat membantu kita kerana menyediakan minyak, gas yang mencukupi sekurang-kurang melangkau sehingga bulan Mei dan ini sangat membantu rakyat dan negara,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This