Sehingga awal April, 768 kenderaan pelbagai jenis telah dilupuskan – Hannah

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEHINGGA awal April tahun ini, sebanyak 768 kenderaan pelbagai jenis telah dilupuskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, bagi menyokong pengurusan kenderaan, DBKL menyediakan tiga depoh utama iaitu di Taman Connaught, Pantai Sentral dan Jalan Mas, Chan Sow Lin.

Jelasnya, dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan kenderaan buruk atau tersadai, DBKL telah melantik Tetuan Car Medic Sdn. Bhd. sebagai penyedia perkhidmatan tersebut.

“Skop perkhidmatan merangkumi kerja-kerja tunda dan angkut di kawasan awam, penyediaan logistik serta stor simpanan, pelupusan secara lestari, selain pelaksanaan program pelupusan secara sukarela di kawasan perumahan awam DBKL dan strata.

“Melalui program ini, pemilik kenderaan ditawarkan untuk melupuskan kenderaan secara sah melalui proses pembatalan pendaftaran menggunakan sistem e-Dereg dengan pengesahan dalam tempoh singkat.

“Sebagai galakan, ganjaran tunai antara RM100 hingga RM2,000 disediakan mengikut jenis dan keadaan kenderaan yang dilupuskan,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Katanya lagi, bagi tempoh tiga bulan pertama, program akan memberi tumpuan kepada kawasan perumahan awam DBKL, yang merekodkan sebanyak 1,159 kenderaan buruk atau tersadai sehingga 30 Mac 2026.

Kata beliau, sekiranya pemilik masih gagal mengambil tindakan secara sukarela, tindakan tunda atau angkut akan dilaksanakan.

“Dari segi proses pelaksanaan penguatkuasaan, setiap kenderaan yang dikenal pasti akan melalui siasatan awal.

“Sekiranya didapati menghalang laluan atau menimbulkan kacau ganggu, notis bertempoh akan dikeluarkan kepada pemilik untuk tujuan pengalihan.

“Kegagalan mematuhi notis tersebut akan mengakibatkan tindakan tunda atau angkut diambil, dan kenderaan akan dipindahkan ke depoh simpanan DBKL,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This