Terminal baharu LTSIP bukti ikhtiar berterusan Kerajaan MADANI rancak ekonomi Kelantan – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

TERMINAL baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang lebih besar, selesa dan kondusif membuktikan ikhtiar Kerajaan MADANI dalam merancakkan ekonomi Kelantan serta Pantai Timur secara keseluruhannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan ini bukan sekadar meningkatkan mutu perkhidmatan malah berperanan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat.

Jelas beliau, ia merangkumi sektor pelancongan, perdagangan dan pelaburan yang akan memberi limpahan manfaat kepada rakyat.

“Antara lain, terminal ini mampu menampung jumlah pengguna yang lebih besar, iaitu daripada 1.5 juta kepada empat juta serta membuka laluan baharu ke pasaran antarabangsa.

“Terminal baharu satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuh infrastruktur pengangkutan udara negara sekali gus mengangkat Kota Bharu sebagai gerbang utama ke Pantai Timur Semenanjung,” katanya di media sosial hari ini.

Bergerak ke hadapan, Anwar menyeru agar sinergi seluruh jentera Persekutuan dan negeri terus digembleng untuk meneroka peluang dalam pembangunan sektor strategik demi pembangunan Malaysia yang lebih inklusif dan makmur.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Budaya politik jadikan perbezaan wahana capai kuasa mesti ditolak – PM

BUDAYA politik yang menjadikan perbezaan sebagai wahana bagi mencapai puncak kuasa mesti ditolak oleh rakyat. Mesej itu disampaikan Perdana...

More Articles Like This