Hari ke-8 PKP: 4,008 kes baru, 16 kluster dan 11 kematian

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Buat kali kedua dalam tempoh empat hari, kes positif harian COVID-19 mencecah lebih angka 4,000.

Ini apabila penularan baharu virus itu hari ini berjumlah 4,008 kes dengan lima daripadanya kes import.

Rekod tertinggi sebelum ini dilaporkan pada 16 Januari 2021 dengan jumlah kes harian sebanyak 4,029.

Hari ini yang juga hari kelapan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi enam negeri juga menyaksikan 11 lagi kematian dilaporkan.

Perkembangan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang pernah dikesan di negara ini berjumlah 169,379.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang sedang dirawat di seluruh negara ketika pula adalah 41,087 kes.

Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import manakala 30 peratus penularan dalam negara adalah dalam kalangan bukan rakyat Malaysia.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,391 kes.

“Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 513 kes, Johor (470 kes) dan Sabah 406 kes,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sarawak yang merupakan satu-satunya negeri yang tidak dikuatkuasakan PKP melaporkan pertambahan 203 kes baharu COVID-19.

Sementara itu, menurut Noor Hisham, sehingga kini, terdapat 246 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 96 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah beliau, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 11 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 630 kes (0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kes sembuh yang dilaporkan hari ini pula 2,374 kes manakala 16 lagi kluster dilaporkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This