Sepandai-pandai Bob Mah Sing, tumpas juga di tangan polis

Dari Penulis

SEMALAM tular satu video berdurasi satu minit 45 saat menunjukkan anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kereta selepas suspek enggan memberhentikan kenderaannya.

Kereta bernombor pendaftaran MAS 175 itu dilihat melanggar bahagian belakang lori dan sisi kereta Perodua Myvi untuk mencelah di persimpangan lampu isyarat berdekatan Sierramas, Sungai Buloh.

Polis kemudian berjaya menahan seorang daripada suspek yang berusia 35 tahun di sebuah kawasan perumahan di Desa Aman hasil maklumat orang awam.

Bagaimanapun seorang lagi suspek dikenal pasti sebagai Bob Mah Sing berjaya melarikan diri.

Namun, bak kata orang, ‘nak lari mana’ dan tengah malam tadi juga penjenayah tersebut berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Shah Alam semalam.

“Siasatan mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai 20 rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Suspek yang dikenali sebagai Bob Mah Sing yang diburu pihak polis semalam selepas melarikan diri ditahan pada 11.45 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, kedua-dua suspek yang terbabit dalam kejadian itu akan direman hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427 dan 188 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Gaduh rebut kawasan ala kartel dadah luar negara di Cheras, 10 ditahan

Dalam kejadian tengah hari semalam, suspek turut merempuh kereta peronda polis dan ini memaksa seorang anggota polis menembak ke arah tayar hadapan kereta tersebut.

Ini menyebabkan kedua-dua suspek terpaksa meninggalkan kereta di tepi jalan selepas tayar keretanya bocor.

Pemeriksaan terhadap kereta ditinggalkan suspek menemui plastik lutsinar disyaki mengandungi heroin.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This