1,575 kes baharu, genap seminggu kes harian bawah 2,000

Dari Penulis

GENAP seminggu kes harian COVID-19 mencatatkan angka di bawah 2,000 dengan hari ini sebanyak 1,575 kes baharu dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 1,568 penularan tempatan, 80.9 peratus adalah terdiri daripada rakyat tempatan.

Katanya, hari ini juga menyaksikan tujuh kes import dengan enam daripadanya bukan warganegara.

“Sebanyak 2,042 kes sembuh dilaporkan dan ini menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini berjumlah 17,074 kes.

“Seramai 147 individu positif COVID-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 67 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial beliau.

Baca artikel berkaitan: 1,647 kes baharu, hari keenam kes bawah 2,000

1,280 kes baharu, terendah sejak darurat diisytihar

Tambah Noor Hisham, sebanyak tiga lagi kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kini berjumlah 1,203 kes.

“Dua daripada kematian hari ini melibatkan warganegara,” ujarnya.

Sebanyak 1,575 kes baharu dilaporkan hari ini./ Gambar FB KKM

Sementara itu, kes baharu COVID-19 tertinggi masih lagi dilaporkan di Selangor dengan 751 kes.

Menurut Noor Hisham, ini diikuti Sarawak, 173 kes, Johor (135 kes), Pulau Pinang (132 kes) dan Kuala Lumpur, 108 kes.

Daripada negeri-negeri Perintah Kawalan Pergerakan pemulihan (PKPP), Sbaah melaporkan kes tertinggi dengan 57 kes, diikuti Perlis dan Melaka dengan masing-masing 25 kes dan Pahang serta Putrajaya, empat kes.

Terendah, Labuan dengan tiga kes baharu.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.

Katanya, ia melibatkan masing-masing lima kluster berkaitan tempat kerja dan komuniti.

Tiga daripada kluster baharu masing-masing dilaporkan di Sarawak dan Selangor diikuti satu di Johor, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu.

“Sebanyak 440 kluster aktif ketika ini dan 60 daripadanya melaporkan pertambahan kes baharu.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Lintang Bayan Lepas (26 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (26 kes), dan Kluster Teknologi Emas (24 kes),” ujarnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This