Penduduk tiada makanan, ramai puji Polis Sepang hulur bantuan segera

Dari Penulis

DALAM tempoh penularan COVID-19 ini, kerja polis bukan hanya saman orang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Banyak lagi insiatif murni pasukan keselamatan itu yang menepati konsep “polis dan masyarakat berpisah tiada”, cuma ada kalanya kurang mendapat perhatian masyarakat.

Misalnya semalam di Sepang, polis daerah itu telah membantu memberikan sumbangan makanan kepada 14 pekerja kilang yang menjalani kuarantin di rumah sewa sebaik mendapat maklumat awal masalah dihadapi mereka.

Menurut perkongsian di Facebook Polis Sepang, kesemua 14 penghuni rumah itu dalam keadaan lapar setelah terputus bekalan dan tiada wang untuk memesan makanan.

Kata hantaran itu, polis Sepang menerima panggilan telefon daripada seorang perempuan Melayu memaklumkan bahawa adiknya yang bekerja di sebuah kilang di Bandar Baru Salak Tinggi telah kehabisan bekalan makanan.

“Turut tinggal bersama adik pengadu ialah seramai 13 orang lagi rakannya. Mereka terdiri dari pekerja kilang yang sama dan telah dikuarantin dalam sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Sepang.

“Bertindak atas maklumat tersebut atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab sosial, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof telah mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan supaya bantuan makanan segera dihantar ke rumah tersebut.

“Pada jam 9.15 malam, anggota tugas Unit MPV IPD Sepang telah sampai ke premis tersebut dan menyerahkan sebanyak 16 bungkus nasi berlauk kepada penghuni rumah.

“Wakil penerima mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis IPD Sepang di atas bantuan yang telah diberikan,” kata hantaran itu.

Baca artikel berkaitan: ‘Sekadar buat kebaikan seperti dituntut Islam’

Polis PJ hulur bantuan pada wanita ‘curi’ makanan, ubat untuk anak sakit

Ruangan komen hantaran itu juga menerima pujian warga maya atas insiatif pantas oleh polis Sepang.

“Terima kasih Tuan Wan Kamarul Azran dan anggota Sepang, semoga Allah membalasnya,” kata pemilik akaun Maseon Chameron.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This