pkpd
SEKATAN di salah sebuah kawasan di Kuantan, Pahang. - Gambar Pahang Media

SEBANYAK empat lokaliti di Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 23 Julai hingga 5 Ogos.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, tiga lokaliti di Pahang ialah di Felda Jengka 12, Jerantut; Kampung Belangkap, Rompin dan Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub.

“Untuk tempoh yang sama, satu lokaliti di Sabah turut dikenakan perintah sama iaitu di Taman Merpati, Sandakan,” katanya.

Beliau berkata, semua prosedut operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.

Katanya, sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi di lokaliti PKPD dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di dua kawasan di Sabah.

BERITA BERKAITAN 27 lokaliti di 3 negeri dikenakan PKPD,31 premis diarah tutup

PKPD di Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan dan Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan dari 23 Julai sehingga 5 Ogos, kata kenyataan itu.

Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di lokaliti-lokaliti berikut mulai esok setelah Sidang Khas MKN meneliti pembentangan oleh KKM.

Kawasan yang terlibat ialah di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan; kuarters Pekerja Malaysia-China Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan, Pahang dan dua taman perumahan di Kota Bharu, Kelantan iaitu Taman Kurnia Jaya dan Taman Pinggiran Golf.

Sementara itu, lima kawasan di Sabah turut ditamatkan PKPD dalam tempoh yang sama iaitu di Kampung Sungai Imam, Tawau; Kampung Balibata, Beaufort; Kampung Pintasan, Kota Belud; Kampung Lembising dan Kampung Dumpil Keramat di Putatan. – UtusanTV

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram