Lima lokaliti kena PKPD, 16 lagi di Terengganu, Pahang, Sabah dilanjutkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK lima lagi lokaliti akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini susulan peningkatan kes positif COVID-19.

Pelaksanaan PKPD di lima lokaliti tersebut dengan masing-masing dua di Sabah dan Kelantan manakala satu lagi di Sarawak.

Perkara berkenaan diumumkan Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hishammuddin, pelaksanaan PKPD di kesemua lima lokaliti itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu sehingga 17 Ogos depan.

Kata beliau, dua lokaliti yang terlibat dengan PKPD di Sabah terletak dalam daerah Beaufort.

Beliau memaklumkan, ia akan membabitkan Kampung Selagon dan Kampung Binsulok.

“Dua lagi lokaliti di Kelantan pula adalah Kampung Belian, mukim Sungai Pinang dalam daerah Tumpat dan Kampung Tok Sadang, mukim Badang dalam daerah Kota Bharu.

“Pelaksanaan PKPD di Sarawak pula melibatkan Kuarters Pekerja Ladang Palmlyn di Mukah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Beberapa kawasan di Terengganu, Sabah dikenakan PKPD

Sementara itu, Hishammuddin turut memaklumkan PKPD di 16 lagi lokaliti yang terletak dalam tiga negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Sabah akan dilanjutkan.

Jelas beliau, PKPD di kesemua lokaliti berkenaan sepatutnya tamat hari ini.

Katanya, 10 lokaliti di mukim Kuala Dungun, Dungun akan dilanjutkan berkuat kuasa pada hari Rabu sehingga 16 Ogos depan.

Hishammuddin berkata, lanjutan itu akan dikuatkuasakan di Sungai Buaya; Tanah Lot; Lembah; Padang Jambu; Nibong; Bukit Chatak; Kampung Molek; Bijangga; Sungai Udang dan Sungai Penaga.

“Dua lagi lokaliti di Terengganu yang akan dilanjutkan PKPD dalam mukim Bandi, Kemaman iaitu Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 2 sehingga 17 Ogos.

“Selain itu, PKPD di tiga lokaliti dalam mukim Ulu Dong, Raub melibatkan Kampung Bedu, Kampung Temalian dan Kampung Pamah Kulat turut dilanjutkan selama dua minggu.

“Satu lagi kawasan yang akan terlibat dengan lanjutan PKPD adalah Kampung Pituru Kinarut, Papar di Sabah,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This