Pembangkang ragui sokongan diterima Muhyiddin, kekal desak letak jawatan

Dari Penulis

AHLI Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang hari ini menyatakan pendirian mereka tidak menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin di samping meragui jumlah sokongan Ahli Parlimen yang diperoleh Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka menyatakan mustahil bagi Muhyiddin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan oleh beberapa Ahli Parlimen UMNO semalam.

“Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bersama Ahli Parlimen Tuaran (UPKO), Simpang Renggam (Bebas), Selangau dan Sri Aman (PSB) menegaskan mereka tetap menolak kepimpinan Muhyiddin.

“Kami juga kekal dengan pendirian Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presidan PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

BERITA BERKAITAN Muhyiddin tegaskan masih dapat sokongan majoriti di Parlimen

Selain itu; Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresi Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) serta Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Warisan Sabah mengeluarkan kenyataan secara berasingan.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan parti itu menarik semula kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan memaklumkan beberapa Ahli Parlimennya sudah menyembah warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menarik sokongan kepada Muhyiddin.

Muhyiddin pada sidang medianya tengah hari tadi pula memaklumkan masih mempunyai sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri dan bersetuju membawa usul undi percaya ke Dewan Rakyat bulan depan bagi mengesahkan keabsahannya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This