SEBANYAK 17 lagi lokaliti akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok susulan peningkatan kes positif COVID-19.
Pelaksanaan PKPD di 17 lokaliti tersebut terletak dalam tiga negeri iaitu Perak, Pahang dan Sabah.
Hari ini, Perak menjadi negeri tertinggi yang dikenakan PKPD melibatkan 10 lokaliti di Pulau Pangkor, Kinta dan Batang Padang.
Di Pahang pula, PKPD dikenakan di Jerantut dan Temerloh, sementara di Sabah pula ia melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Ranau.
Perkara berkenaan diumumkan Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan hari ini.
Menurut Hishammuddin, pelaksanaan PKPD di kesemua lokaliti itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu sehingga 21 Ogos depan.

Di Perak, PKPD dilaksanakan di enam lokaliti di Pulau Pangkor iaitu Taman Seri Pangkor, Rumah Murah Pangkor, Ladang Kong Heap Lee, Kampung Tengah, Flat Taman Desa Pangkor dan Taman Desa Pangkor.
Turut dikenakan perintah sama ialah Tapak Bina Horizon, Kinta dan dua lokaliti di mukim Sungkai, Batang Padang, iaitu Kampung Perlok Baru dan Kampung Perlok, selain di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Kinta.
BERITA BERKAITAN Enam lokaliti di Pahang, Kedah, Kelantan dan Sabah dikenakan PKPD mulai Sabtu
Di Pahang, PKPD bakal dikenakan di Kuala Tahan, Jerantut serta tiga lokaliti di Temerloh iaitu Taman Sri Layang, Taman Rimba, Mentakab dan Taman Tualang Indah.
Di Sabah pula, dua lokaliti di Kota Kinabalu iaitu University Condominium Apartment 2 dan Rumah Murah Kepayan dikenakan PKPD serta satu lokaliti di Kampung Lohan 1, Ranau.
SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.
Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my

Sementara itu, PKPD di Kuarters Pekerja Ladang Pelitanah 1 dan 2, Dalat, Mukah, Sarawak dan Bandar Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah dilanjutkan berkuat kuasa 8 Ogos hingga 14 Ogos ini.

Selain itu, PKPD di satu lokaliti di Kuala Lumpur dan sembilan lokaliti di Sabah ditamatkan pada 7 Ogos.
Ia melibatkan Taman Hock Ann, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Taman Sabana Fasa 1, Keningau, Sabah, Kampung Berhala dan Kampung Melayu Bumiputra, Sandakan, Sabah, Kampung Nagapas, Jalan Kebun Lama, Papar, Sabah, dan Kampung Kolam, Kudat, Sabah.
Taman Sepanggar, Blok D dan E Apartment Angkasa, Kampung Sepakat Jaya, Kampung Rampayan dan Kampung Lokub.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

