Kanak-kanak 6 tahun dipercayai hilang di Gopeng

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Lorong Jaya, Taman Kinta Baru, Gopeng, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Hasron Nazri Hashim berkata mangsa, Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid seorang kanak-kanak autisme dengan masalah hiperaktif, kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap, disedari hilang oleh ibunya kira-kira pukul 6.30 petang.

“Polis telah menemubual ibu mangsa, Nur Shamimi Abdul Malek yang menyatakan telah menyedari anak lelakinya itu tiada di ruang tamu rumah dan terus mencari di taman hadapan rumah pada jarak kira-kira 50 meter daripada rumah.

Baca artikel berkaitan: 700,000 pemegang akaun kanak-kanak TH belum tukar status

“Namun, setelah hampir 10 minit mencari tetapi tidak berjumpa. Kemudian ibu mangsa balik ke rumah dan meminta bantuan daripada jirannya untuk mencari di sekitar taman perumahan itu lebih kurang 10 minit, tetapi masih tidak berjumpa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan pihaknya mendapati pintu depan rumah dan pintu pagar terbuka serta tidak berkunci semasa kejadian.

Hasron Nazri berkata pakaian terakhir mangsa sebelum hilang adalah berbaju T-shirt BoBoiBoy berwarna hijau dan memakai lampin pakai buang.

Beliau berkata Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak tiba di tempat kejadian pada pukul 12.10 tengah malam tadi, selepas pihaknya menerima laporan pada pukul 10.07 malam.

“Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This