Polis dapatkan pengesahan Australia keberadaan Sajat

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa Australia mengenai keberadaan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan, polis akan berhubung dengan pihak berhubung dengan pihak berkuasa Australia.

Walau bagaimanapun, Abd. Jalil berkata, pihaknya masih tidak mendapat maklumat berhubung perkara tersebut.

“Kita tidak dapat sahkan lagi (Nur Sajat berada di Australia). Kita akan rujuk dapatkan pengesahan dahulu.

“PDRM akan berhubung dengan pihak berkuasa Australia sebelum menentukan sebarang tindakan lanjut,” katanya seperti dilapor BH Online, hari ini.

Semalam, Nur Sajat dalam media sosialnya mendakwa sudah berada di Australia.

Usahawan itu dalam sesi siaran langsung dalam media sosialnya memaklumkan sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan secara rasmi berhijrah ke negara itu dengan bantuan kerajaan Australia.

Media sebelum ini melaporkan Nur Sajat ditahan pegawai imigresen Thailand pada 8 September kerana pasport tidak sah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM8,343 pada 10 September.

Baca artikel berkaitan: Polis masih tunggu maklum balas bawa pulang Sajat

Usahawan terbabit ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan seperti wanita ketika serbuan pihak imigresen.

Nur Sajat diburu pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pada 23 Februari kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 15 Jun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang.

Abd. Jalil dalam sidang akhbar 24 September lalu turut mengesahkan usahawan yang kini berada di Thailand itu memegang status Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Ia selepas pihak imigresen Thailand membatalkan pemilikan pasport antarabangsanya miliknya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This