Isteri belum hamil, Remy Ishak kata tunggu dulu risau watak lakonan ‘terkenan’ pada anak

Dari Penulis

BARU-baru ini kecoh di media sosial apabila isteri kepada pelakon terkenal, Remy Ishak, Ezza Yusof didakwa sedang hamil anak pertama.

Bagaimanapun, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 40, menafikan isterinya itu sedang berbadan dua.

Katanya, buat masa ini dia mahu memberi tumpuan kepada drama terbaharunya yang berjudul Jangan Menangis Cinta.

“Sejujurnya, isteri masih belum hamil lagi. Saya sendiri sahkan dengan isteri dan memang betul dia masih belum mengandung.

“Dia selesa pakai baju bersaiz besar dan mungkin itu antara penyebab orang membuat andaian jika isteri sedang hamil.

“Saya sedar ramai yang teruja serta mengharapkan isteri saya hamil selepas beberapa bulan kami bernikah,” katanya kepada URTV.

Remy berkata demikian ketika sidang media drama Jangan Menangis Cinta yang diadakan secara maya, sebentar tadi.

Membawakan watak seorang bapa yang membencikan anaknya dalam drama berkenaan, membuatkan Remy belum mahu memikirkan untuk menimang zuriat sendiri buat masa sekarang.

Jelas Remy, dia bimbang jika kandungan isterinya itu akan ‘terkenan’ dengan pembawaan wataknya dalam drama berkenaan. 

“Sebenarnya, takut juga tiba-tiba isteri hamil tanpa sengaja. Dulu, tular orang nampak isteri saya ada ‘baby bump’.

“Saya sangat gemuruh sebab karakter Zafran yang beremosi, ada dialog marah budak cacat, membuatkan saya rasa takut.

“Dulu saya tak percaya sangat ‘kenan’ ini tapi lepas tengok pengalaman orang, banyak sangat kes kenan saya risau ‘terkenan’ pula watak Zafran ini dekat anak saya.

“Tahun depan lah (anak), biar watak Zafran ini habis dulu,” jelasnya lagi.

Untuk info, drama Jangan Menangis Cinta mengisarkan seorang kanak-kanak bernama Cinta Ariana yang lahir dalam keadaan cacat dan dari situlah bermula konflik serta kemelut berlaku di dalam rumah tangga.

Selain Remy yang memegang watak sebagai Zafran Zahim, drama tersebut turut dibintangi oleh Amyra Rosli sebagai Riyana.

Drama yang diadaptasi daripada novel hasil nukilan Siti Rosmizah Semail yang bakal ditayangkan mulai 21 Mac, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di Astro Ria.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This