KES salah guna kuasa membabitkan tiga pegawai Mara Corp akan tetap diteruskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Itu penegasan Ketua Pesuruhajaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sekaligus menafikan dakwaan sebuah portal bahawa kes tersebut akan digugurkan.
Menurut Azam, SPRM telah mencadangkan agar beberapa individu dituduh selepas melakukan siasatan.
“Kita telah hantar ke Jabatan Peguam Negara untuk dikaji dan seperti yang lepas kita mencadangkan untuk dituduh beberapa pihak dalam kes ini.
“Jadi setakat ini tidak ada sebarang makluman dari Jabatan Peguam Negara mengenai tiada pihak dituduh.
“Jadi saya tiada komen mengenai kes ini tidak akan dituduh,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Anugerah SPRM 2021 di Putrajaya.
Baca artikel berkaitan: Lima pegawai Mara beri keterangan kepada SPRM
Azam menambah, SPRM mempunyai keterangan yang memadai dan mencukupi untuk mencadangkan pertuduhan kepada beberapa pihak.
Sementara itu, Azam berkata, tiada individu baharu yang akan dikemukakan untuk dituduh dalam kes Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).
Jelas beliau, kes UKBS kini dalam tempoh perbicaraan mahkamah dan pihaknya telah selesai menjalankan siasatan.
“Siasatan kes ini sudah pun selesai dan kes juga kini dalam perbicaraan. Mana-mana isu rasuah juga sudah dituduh.
“Jadi bagi saya, setakat ini tiada pihak lagi akan dituduh bagi kes UKSB,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

