Wanita ditemui di kafe bukan Zalina Azman tetapi gelandangan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG wanita yang ditemui di beberapa lokasi sekitar Shah Alam didakwa mirip Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman disahkan bukan bekas personaliti televisyen itu.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim memaklumkan, siasatan polis mendapati wanita berkenaan adalah gelandangan yang dijumpai di tasik Seksyen 2, Shah Alam.

Menurut beliau, wanita yang didakwa dilihat di tiga lokasi iaitu Seksyen 3, 9 dan 14 Shah Alam itu adalah individu yang sama.

“Polis sudah menyemak dengan pekerja cafe (Seksyen 9) itu dan mendapati (wanita) yang datang ke cafe berkenaan adalah gelandangan yang dijumpai di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14.

“Pihak kami (polis) ada jumpa (wanita itu) di taman tasik berkenaan. Siasatan mendapati, semua (yang ditemui) adalah orang yang sama dan bukan Orang Hilang – OH (Zalina),” katanya kepada media hari ini.

Mohd. Iqbal turut mengesahkan tiada mana-mana individu tampil membuat laporan polis terbaharu berhubung kes berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Zalina Shaharah dipercayai masih berada dalam negara – Polis

Sementara itu, Mohd. Iqbal turut memuji usaha murni masyarakat membantu pihaknya menjejaki bekas pembaca berita tersebut.

“Niat (orang awam) baik untuk membantu cuma individu itu bukan Zalina.

“Pihak polis memang mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan maklumat sehingga Zalina berjaya ditemui,” jelas beliau.

@utusantvofficial

Rakaman CCTV wanita didakwa Zalina Azman, tapi polis sahkan bukan beliau. #beritaditiktok #fyp #TrendingNewsMalaysia

♬ Mysterious – Andreas Scherren

Terdahulu media melaporkan bekas pengacara program Money Matters itu di lokasi berbeza sekitar Shah Alam seperti Seksyen 3, Seksyen 9.

Antara dakwaan tular dalam media sosial ialah seorang wanita mirip Zalina pernah dilihat mengunjungi sebuah restoran seolah-olah berada dalam keadaan tidak sihat dan menggigil ketakutan.

Satu lagi dakwaan tular ialah kelibat wanita seperti Zalina pernah dilihat di sekitar kawasan sebuah restoran makanan segera dengan membawa beg makanan dan beg pakaian, selain memakai kasut sukan dan hanya berjalan kaki, serta berkeadaan sangat kurus.

Zalina dilaporkan hilang selepas anaknya, Mikhael Norman, 33 gagal menghubunginya sejak 24 November bagi memaklumkan bahawa bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This