KEUTUHAN penyatuan orang Melayu dalam arena politik negara hanya mampu terlaksana apabila ia dipelopori secara bersama oleh UMNO dan Pas.
Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, penyatuan itu seperti mana yang pernah dilakukan kedua-dua parti Melayu itu menerusi Muafakat Nasional (MN).
Sehubungan itu, Annuar berkata, usaha menyatukan orang Melayu itu perlu diteruskan khususnya oleh UMNO.
Kata beliau, pemimpin Melayu perlu berlapang dada dengan kembali ke meja muafakat demi kebaikan negara dan rakyat.
“Politik Melayu yang padu adalah teras kepada politik negara yang inklusif, kukuh dan stabil.
“Tanpa penglibatan UMNO dan Pas, sebarang pembentukan kelompok lain hanya memecahbelahkan dan melemahkan lagi politik orang Melayu,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Tun M umum Gerakan Tanah Air, gabungan politik baharu berlandas Melayu
Mengulas lanjut, Annuar turut menyifatkan usaha pihak tertentu atas nama penyatuan Melayu diragui keberkesanannya.
Walaupun beliau berkata niat tersebut adalah baik, namun ia diragui jika dilakukan oleh parti-parti politik kecil yang tidak didukungi majoriti orang Melayu.
Petang tadi, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan sebuah gabungan parti politik baharu berlandaskan Melayu dinamakan Gerakan Tanah Air bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Gabungan tersebut akan dianggotai empat parti politik iaitu Pejuang, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), parti Perikatan India Muslim Malaysia (Iman) dan parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).
Pada masa sama, Gerakan Tanah Air juga akan dianggotai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli profesional, ahli akademik dan orang perseorangan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

