PERIKATAN Nasional (PN) dilaporkan telah meminta tarikh baharu untuk pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin seperti dilaporkan BH Online.
Menurut Hamzah, beliau membuat perjumpaan dengan Perdana Menteri, minggu lalu.
Bagaimanapun, katanya, perjumpaan berkenaan hanyalah pertemuan secara tidak rasmi.
“Saya Menteri Kabinet jadi selalu jumpa dengan Perdana Menteri.
“Minggu lalu saya ada berjumpa dengan Perdana Menteri, tetapi ia secara tak rasmi. PN hantar empat wakil untuk bertemu Perdana Menteri, beliau kata kita sembang-sembang dulu.
“Jadi, untuk secara rasminya, saya sudah minta tarikh baharu supaya wakil PN boleh jumpa dan membentangkan apa yang dimohon PN,” katanya.
Isnin lalu, Bendahari PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, gabungan itu sedang mengusahakan pertemuan baharu dengan Perdana Menteri selepas pertemuan pada 4 Ogos lalu.
Baca artikel berkaitan: PN komited sokong PM demi kestabilan – Naib Presiden Bersatu
Sebelum itu, Ismail Sabri dilaporkan berkata telah mengadakan pertemuan bersama delegasi PN yang membabitkan Hamzah dan Ahmad Samsuri pada minggu terakhir sesi sidang Dewan Rakyat.
Namun begitu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan perjumpaan tersebut hanyalah makan tengah hari biasa dan bukan perjumpaan rasmi bersama delegasi PN.
Perdana Menteri sepatutnya mengadakan pertemuan secara rasmi dengan delegasi PN iaitu Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Hamzah dan Ahmad Samsuri.
Pertemuan dengan Perdana Menteri itu adalah susulan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN pada 27 Julai lalu yang menyuarakan kekecewaan terhadap tindakan Ismail Sabri yang seolah-olah tidak bersungguh-sungguh memenuhi terma perjanjian dengan gabungan berkenaan.
Difahamkan, ia turut melibatkan perjanjian mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

