18 penembak bawa cabaran Malaysia ke IPSC World Shoot 2022

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 18 penembak akan membawa cabaran Malaysia untuk bertanding dalam Kejohanan IPSC World Shoot 2022 mulai 18 November depan.

Ketua Pasukan, Mohamad Hamdan Abu Bakar berkata, pasukan negara akan memperlihatkan 17 penembak diiringi seorang pengurus.

Mohamad Hamdan memaklumkan, kejohanan yang berlangsung di Pattaya, Thailand itu bakal menampilkan penembak handalan dari seluruh dunia.

Menurut beliau, pasukan negara akan menyertai tiga divisyen menembak iaitu open, standard dan production dalam pertanding yang berlanjutan sehingga 4 Disember itu.

Walaupun berdepan cabaran sukar, namun Mohamad Hamdan tetap optimis dengan peluang pasukan kebangsaan dalam kejohanan IPSC World Shoot 2022 itu.

“Kita dah mula melakukan latihan terbaik bagi mempersiapkan diri menghadapi kejohanan tersebut.

“Walaupun industri sukan menembak ini mungkin kurang popular di sini, namun kita berharap dapat mempamerkan aksi cemerlang setanding dengan negara maju lain.

“Kami mahu mengharumkan nama Malaysia di kejohanan tersebut apatah lagi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sendiri telah ‘mengiktiraf’ sukan menembak ini,” katanya kepada UtusanTV, hari ini.

Kejohanan IPSC World Shoot 2022 akan menampilkan 1,600 peserta daripada 50 negara di seluruh dunia untuk berkampung selama kira-kira tiga minggu di Pattaya, Thailand.

Baca artikel berkaitan: [VIDEO] Piala DSS 2022 permulaan baik peminat sukan menembak

Semalam, Ahmad Faizal telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada pasukan penembak negara itu semasa upacara penutup Kejohanan Menembak Piala DSS 2022 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya.

Dalam ucapannya, Ahmad Faizal turut menyatakan komitmen Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk ‘menghadiahkan’ insentif kepada penembak dalam kejohanan akan datang.

Sehubungan itu, beliau berharap pasukan itu dapat membawa pulang kejayaan untuk negara.

“Saya mendoakan semua peserta yang mengambil bahagian di kejohanan dunia di Pattaya itu nanti dapat membawa pulang kejuaraan dan kita kembali ke sini untuk merayakan kejayaan mereka.

“Saya ingin menyatakan komitmen daripada KBS, jika mereka berjaya, KBS akan memulakan pemberian insentif kepada penembak untuk mengambil bahagian dalam kejuaraan antarabangsa.

“Jadi buktikan, tunjukkan jalan agar ada lagi penembak yang akan berjaya dan mereka akan diberikan insentif untuk mewakili negara,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This