‘KJ ke Seremban? Persaingan sengit, jadi kerusi panas’ – Anthony Loke

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERSAINGAN merebut Parlimen Seremban pasti menjadi lebih sengit sekiranya Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memilih kawasan berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu diakui sendiri penyandang kerusi Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook.

Menurut Anthony, menjadi hak demokrasi masing-masing untuk bertanding di mana-mana pun kawasan termasuk bagi Khairy sekiranya mahu menentangnya di kerusi berkenaan.

Beliau berkata, Khairy merupakan tokoh politik yang berkaliber dan tentunya menjadi pencabar yang kuat.

Bagaimanapun, bekas Menteri Pengangkutan itu mengakui tidak gentar untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan cabaran dalam perjuangan politik.

“Sekiranya benar beliau bertanding di Parlimen Seremban, maka persaingan ini amatlah sengit dan akan menjadi antara kerusi yang paling ‘panas’ dalam PRU-15.

“Saya tetap bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Seremban walaupun berhadapan dengan KJ atau sesiapa pun yang dicalonkan pihak lawan.

Baca artikel berkaitan: Khairy sahkan tidak bertanding di Rembau, beri laluan kepada Tok Mat

“Biarlah rakyat dan pengundi di Parlimen Seremban menilai dan memutuskan sama ada saya terus layak mewakili kepentingan serta suara mereka di Dewan Rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin mengalu-alukan sekiranya Khairy berminat bertanding di Parlimen Seremban.

Ia selepas penyandang kerusi Parlimen Rembau itu dikatakan terpaksa memberi laluan kepada Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding di Rembau.

Khairy mengakui terpaksa akur dengan arahan itu walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen lain, memandangkan sudah lebih 20 tahun berpolitik di Rembau.

Sebagai rekod, kerusi Parlimen Seremban dimenangi Anthony dalam pertembungan tiga penjuru dengan majoriti sebanyak 30,694 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This