SERAMAI 57 peratus pengundi telah pun menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai setakat pukul 3 petang tadi.
Pada masa sama, PRU-15 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman menyaksikan seramai 50 peratus pengundi telah pun keluar mengundi setakat tempoh sama.
Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam media sosial.
Terdahulu, SPR menyasarkan antara 60 hingga 75 peratus pengundi keluar mengundi pada PRU-15 untuk kedua-dua kawasan yang berlangsung hari ini.
Parlimen Padang Serai mempunyai 132,955 pengundi, manakala DUN Tioman mempunyai 28,108 pengundi.
Sebanyak 46 pusat mengundi dibuka di Parlimen Padang Serai membabitkan 230 saluran mengundi, manakala DUN Tioman mempunyai 17 pusat mengundi dengan 52 saluran pengundian.
Pengundian bagi dua kerusi terbabit tidak dapat diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu kerana kematian seorang calon yang bertanding di setiap kerusi terbabit sebelum hari mengundi.
Baca artikel berkaitan: Undian di Padang Serai, Tioman esok, pengundi dinasihat ikut masa di MySPR Semak
Di Padang Serai, calon PH, M Karupaiya, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 16 November, manakala calon PN bagi DUN Tioman, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada awal pagi 19 November.
Parlimen Padang menyaksikan saingan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak, Datuk C. Sivaraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) and Hamzah Abd Rahman (PEJUANG).
Dua lagi calon adalah Mohd Bakhri Hashim, mewakili WARISAN, dan calon BEBAS, Sreanandha Rao.
Bagaimanapun pada 2 Disember lalu, calon BN bersetuju memberi laluan dan sokongan kepada wakil PH dalam saingan di Padang Serai.
Sementara itu, di DUN Tioman yang menyaksikan saingan lima penjuru, membabitkan calon PN, Nor Idayu Hashim, Datuk Seri Mohd Johari Hussain (BN), Osman A Bakar (Pejuang), Sulaiman Bakar (BEBAS).
Seorang lagi calon, Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) bersetuju memberi laluan kepada calon BN yang juga penyandang tiga penggal kerusi itu mempertahankan kawasan terbabit, tetapi nama Mohd Fadzli masih kekal di atas kertas pengundian.
Berdasarkan peratuan SPR, tindakan menarik diri selepas penamaan calon disahkan, tidak akan mengubah kedudukan nama mereka di atas kertas undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

