Kerajaan Perpaduan perlu permudah, perbanyak aktiviti ekonomi berteras rakyat – Irmohizam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim disarankan supaya mempermudah serta memperbanyakkan aktiviti ekonomi yang berteraskan rakyat sebagai langkah awal percepat pemulihan ekonomi.

Protem Presiden Majlis Acara Perniagaan Malaysia (BECM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, usahawan atau pemain industri acara perniagaan yang memacu ekonomi sektor tersebut mengharapkan sinar agar ekonomi kembali rancak.

DR IRMOHIZAM IBRAHIM.

Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan juga perlu fokus dalam meningkatkan keyakinan pelabur serta menarik lebih banyak acara-acara dunia ke Malaysia.

Irmohizam berkata, Malaysia mempunyai pelbagai kelebihan dalam membawa pelabur dan acara-acara dunia.

“BECM yang saya ketuai terdiri daripada seluruh kepimpinan industri acara perniagaan negara.

“Kabinet perpaduan di bawah pimpinan Anwar ini wajar dipuji jika hasrat Yang di-Pertuan Agong dapat ditafsirkan dan dilaksanakan sebaiknya.

“Penting untuk pasukan Kabinet perpaduan bekerjasama dalam memastikan setiap dasar mampu memberi kesan langsung dalam mengembalikan kegemilangan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Pertama kali dua TPM, PKR wakil terbanyak Kerajaan Perpaduan

Mengulas lanjut, Irmohizam yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) turut berharap supaya tadbir urus perkhidmatan awam di bawah Kerajaan Perpaduan dapat ditingkatkan melalui polisi serta dasar tertentu.

Kata beliau, Kerajaan Perpaduan perlu menggubal dasar dan pelaksanaan menggerakkan ekonomi ‘luar kotak’ serta mengurangkan kerenah birokrasi.

Selain itu, Irmohizam juga berharap pusat sehenti bagi menyelesaikan segala permasalahan dan tuntutan rakyat dapat diperbanyakkan.

“Sebagai rakyat yang taat kepada prinsip Rukun Negara, kita harus akur terhadap titah Yang di-Pertuan Agong serta ketelusan Perdana Menteri dalam memutuskan Kabinetnya.

“Sekarang bukan lagi isu atau meletakkan kemelut pembentukan kerajaan berpanjangan tapi meneruskan kewajipan dalam menentukan kelangsungan dan hala tuju masa depan negara setelah rakyat memilih dalam PRU-15 lalu,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This