Perjanjian persefahaman tidak berperlembagaan, PM tak yakin dapat sokongan – Muhyiddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERJANJIAN persefahaman yang ditandatangani lima gabungan parti politik sebagai tanda sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai tidak berperlembagaan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjanjian tersebut turut bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang mengkehendaki ahli-ahli Dewan Rakyat mengosongkan kerusi hanya apabila mereka melompat parti.

Kata beliau, undang-undang anti lompat parti tidak menghalang hak dan kebebasan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengundi di Dewan Rakyat.

Malah, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menyifatkan perjanjian persefahaman itu menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri tidak mempunyai keyakinan akan mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Saya memandang serius perjanjian persefahaman yang ditandatangani oleh gabungan-gabungan parti dalam kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mewajibkan ahli-ahli Dewan Rakyat dari parti masing-masing mengundi usul-usul tertentu termasuk undi percaya kepada Perdana Menteri yang mana kegagalan mereka berbuat demikian akan menyebabkan mereka kehilangan kerusi Parlimen yang disandang.

“Perjanjian yang tidak berperlembagaan ini menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri tidak yakin beliau akan mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Sekiranya beliau yakin, maka tidak perlulah beliau mengambil tindakan yang tidak berperlembagaan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Perjanjian persefahaman mantapkan kestabilan politik, fokus ekonomi

Mengulas lanjut, Muhyiddin turut menzahirkan kebimbangan sekiranya perjanjian tersebut dianggap sah kerana pimpinan PH akan memaksa ahli-ahli Dewan Rakyat mengundi usul atau rang undang-undang lain pada masa akan datang termasuk berkaitan pindaan Perlembagaan.

Menurut Muhyiddin, ini kerana seperti mana yang didakwa Perdana Menteri, beliau telah pun mempunyai sokongan 148 ahli Dewan Rakyat iaitu genap majoriti dua pertiga yang membolehkan pindaan Perlembagaan dibuat.

“Sekiranya perjanjian persefahaman yang berunsur kediktatoran ini dianggap sah, maka tidak mustahil pindaan Perlembagaan yang bertentangan dengan naluri ahli-ahli Dewan Rakyat dan nilai masyarakat di negara ini akan diluluskan oleh Dewan Rakyat secara paksa.

“Rakyat Malaysia tentunya tidak mahu pilihan raya yang diadakan secara bebas, adil dan demokratik akhirnya menghasilkan sebuah kerajaan yang tidak demokratik,” jelas beliau.

Semalam, lima gabungan parti politik memeterai perjanjian sebagai sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Semua gabungan politik itu diwakili pemimpin tertinggi masing-masing iaitu Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, manakala PH, diwakili Anwar sebagai Pengerusinya.

Turut menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama berkenaan adalah Setiausaha Agong gabungan politik masing-masing iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mewakili PH; Datuk Seri Zambry Ab Kadir (BN); Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (GPS); Datuk Seri Marsidi Manjun (GRS) dan Datuk Loretto S Padua Jr (WARISAN).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This