UMNO wajar mengadakan pemilihan parti tanpa pengecualian bagi menunjukkan betapa dukungan terhadap amalan demokrasi tetap dipertahankan.
Penganalisis Dasar Politik Ekonomi dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib berkata, ia sejajar dengan kedudukan UMNO sebagai parti tertua dalam sistem demokrasi di Malaysia.
Katanya, pemilihan kali ini juga penting bagi menunjukkan kepada umum bahawa UMNO masih merupakan wadah perjuangan yang releven.
“Atas semangat menjunjung amalan demokrasi yang dipelopori oleh UMNO sendiri sejak pembinaan negara pasca merdeka, adalah wajar elemen demokrasi tetap diuruskan dengan baik oleh UMNO.
“Pemimpin utama parti diyakini berjiwa besar dalam memastikan UMNO kekal kuat dan berbudaya demokratik dengan membenarkan pemilihan parti dijalankan tanpa prejudis.
“Ia diyakini sedemikian atas asas personaliti pemimpin utama UMNO yang masih kekal relevan dalam suasana politik kini, khususnya pasca PRU-15,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: SOSMA perundangan digeruni, tak perlu dikaji semula
Md Shukri berkata, tindakan melaksanakan pemilihan adalah gambaran betapa UMNO menjunjung institusi Presiden dan majlis tertinggi dalam amalan demokrasi.
Ujarnya, amalan itu patut menjadi landasan UMNO memperkukuhkan kedudukan parti sebagai ‘king maker’ dalam pembentukan blok kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
“Relevennya UMNO dengan pembinaan diri sebagai parti “bernilai tinggi” pasca PRU-15 dalam pembentukan kerajaan wajar menjadikan UMNO lebih demokratik dan berjiwa hebat bagi memperkukuhkan kedudukan pemimpin utama parti yang tetap releven di akar umbi.
“UMNO harus amalkan demokrasi profesional dan mesra pemilihan, supaya parti itu kekal mendapat mandat segar dari semua peringkat dalam mendepani cabaran masa depan dalam konteks geopolitik semasa yang memerlukan keterbukaan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

