Malaysia nyatakan hasrat terlibat pembangunan Nusantara – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA secara rasmi menyatakan hasrat untuk terlibat sama dalam pembangunan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara.

Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, hasrat terlibat dalam pembangunan Nusantara itu disuarakan oleh 10 syarikat Malaysia.

Kata beliau, ia menerusi 11 surat niat (LoI) yang ditandatangani antara syarikat Malaysia dan Indonesia dalam rangka lawatan rasmi beliau ke negara jiran itu mulai hari ini.

“Menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) dan LoI antara syarikat Malaysia dan Indonesia sebaik tiba di Jakarta.

Baca artikel berkaitan: Anwar tiba di Indonesia lawatan rasmi dua hari

“Menerusi kerjasama ini, Malaysia secara rasmi menyatakan hasrat untuk terlibat sama dalam pembangunan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sembilan MoU yang diserahkan pada majlis itu melibatkan sejumlah RM1.66 bilion.

Pada masa sama, kata beliau, Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula berhasrat meneroka peluang untuk terlibat dalam sektor tenaga termasuk tenaga diperbaharui.

“Semoga segala kerjasama ini akan dipermudahkan demi kemakmuran Malaysia-Indonesia. Insya-Allah,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This