Pasangan Rusia dinobat juara RFC Grand Final 2023 di Perak

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KONEV Sergey dan Blinov Dmitrii dari Rusia yang mewakili Team 150 telah dinobat sebagai Juara Keseluruhan Rainforest Challenge (RFC) Grand Final 2023.

Pengasas dan Pengarah Rainforest Challenge & Rainforest Global Series, Luis J.A Wee berkata, Team 150 turut memenangi kategori Jentera Prototaip dan Hadiah Kapasiti Enjin Petrol 3050cc Ke Atas.

Selain itu, katanya, Kategori Pengeluaran Diubah Suai telah dimenangi Aleksei Filiar dan Denis Kupriianov dari Rusia (Team 102), manakala Mohd Rezuan Kihi dan Mohd Ismail Alias dari Malaysia (Team 114) telah muncul Juara Kategori Pengeluaran Standard.

“Pada tahun ini, penganjur turut memperkenalkan Kategori Campuran Wanita dan Lelaki yang dimenangi oleh Sakuna Boonphueak dan Mongkon Piendee (Team 171) dari Thailand,” katanya dalam kenyataan.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Sejak 2 Disember lalu, para peserta RFC Grand Final 2023 telah mengharungi laluan berhalangan yang mencabar skil pemanduan dan kemampuan jentera 4×4 mereka.

Terdapat 40 peringkat pada fasa Prologue, Terminator, Predator, Twilight Zone dan SS Finale di kejohanan ini yang berlangsung di sekitar Bulatan Sultan Azlan Shah, Ulu Kuang, Sungai Durian, Bekut, Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Lenggong.

Selain mempertandingkan 25 jentera 4×4, RFC Grand Final 2023 ini turut disertai kira-kira 300 pegawai dan kru sokongan serta wakil media antaranya dari Russia, Mongolia, China dan Korea Selatan.

Baca artikel lain: Rombakan Kabinet bukti kerajaan sekarang kurang berkesan – Takiyuddin

RFC Grand Final 2023 merupakan pertandingan pacuan empat roda yang berjaya memperkenalkan Malaysia di mata dunia sehingga dinobatkan tempat ke-3 daripada 10 pertandingan permotoran paling lasak di dunia.

Penganjuran RFC Grand Final di Perak ini merupakan kali kedua diadakan setelah kali pertama pada 2004.

Setiap tahun, RFC Grand Final dianjurkan di negeri-negeri terpilih semasa musim hujan monsun dan berjaya menarik pasukan, penggemar serta pengunjung dari Malaysia dan tidak kurang dari 25 negara asing.

Sepanjang 26 kali penganjurannya, acara tersebut telah membantu mengharumkan nama negara di mata dunia dan seterusnya mencapai objektif mempromosikan Malaysia sebagai hab pelancongan sukan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This