AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini menarik kembali dan memohon maaf berhubung kenyataan korup yang dilemparkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mengakui kesilapan dilakukan pada 28 Februari lalu yang turut menyentuh perihal Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
“Ayat itu memang saya tujukan pada Tambun. Saya menarik balik ayat tersebut, saya tarik balik kenyataan saya, saya juga mohon maaf atas kenyataan tersebut.
“Saya juga dengan rendah diri atas segala kekhilafan sekiranya menyentuh Yang di-Pertuan Agong, saya mohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Kenyataan itu dibuat selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memberi peluang kepada Wan Saiful bangun untuk menyatakan hasrat beliau.
Ini selepas terdapat usul di dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) untuk mengantung Wan Saiful daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Baca artikel lain: Ketua Penolong Setiausaha KDN didakwa kemuka tuntutan hotel, tol palsu lebih RM6,000
Ianya akan dibentang oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas selesai sesi soal jawab lisan.
Namun berikutan daripada permohonan maaf itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menimbang untuk menarik semula usul berkenaan.
Ekoran daripada itu, Johari menyifatkan isu yang berlaku pada minggu pertama persidangan Dewan Rakyat tersebut sudah pun selesai.
Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin memuji sikap matang dipamerkan oleh Ahli Parlimen kerajaan dan percaya rakyat melihat apa yang berlaku pada hari ini.
“Saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Yang Dipertua atas tindakan yang bijaksana dan menyelesaikan isu ini dengan sebaik mungkin,” katanya.
Pada masa sama, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berharap apa yang berlaku dijadikan pengajaran dan menjadi pedoman di masa hadapan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

