Akmal sahut jemputan Rajiv ‘minum kopi’ isu sekolah vernakular

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyahut pelawaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, R Rajiv untuk ‘minum kopi’ membincangkan tentang isu sekolah vernakular.

Dalam hantaran di Facebook, Muhamad Akmal meminta Rajiv untuk menetapkan tarikh dan lokasi pertemuan ‘minum kopi’ tersebut.

Pada masa sama, ADUN Merlimau itu berkata, beliau terbuka kepada sebarang perbincangan bagi isu berkenaan.

“Set (Tetapkan) tarikh, tempat dan masa bro saya datang.

“Kita terbuka untuk perbahasan mahu pun perbincangan secara terbuka untuk isu sekolah satu aliran ini. Kasi jadi!,” katanya dalam hantaran tersebut.

Semalam, media melaporkan Rajiv mempelawa Muhamad Akmal untuk ‘minum kopi’ dan berbincang mengenai isu panas berkaitan sekolah vernakular.

Baca artikel lain: Akmal kebudak-budakan, cuba jaja stereotaip perkauman kata saya mungkin mabuk – Ramasamy

Menurut Rajiv, Muhamad Akmal tidak sepatutnya memperkecilkan pandangan orang yang berbeza pendapat dengannya sekiranya beliau benar-benar memikirkan soal perpaduan nasional.

Sebelum itu, EXCO Kerajaan Negeri Melaka itu saling berbalas kritikan dengan P Ramasamy susulan kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu bahawa sekolah vernakular bukan punca kepada perpecahan kaum, sebaliknya disebabkan belenggu politik kepartian berasaskan kaum.

Beliau menegaskan, hal ehwal pendidikan tidak seharusnya diasingkan sekiranya mahu membentuk sebuah bangsa Malaysia.

Muhamad Akmal turut mengatakan Ramasamy seolah-olah ‘mabuk’ atau keliru dengan keadaan sedemikian.

Ramasamy yang keluar DAP pada 10 Ogos tahun lalu, kini memimpin Parti Urimai, parti baharu yang terbuka kepada semua bangsa, namun fokus kepada kaum India.

Beliau kemudiannya mendakwa Dr Muhamad Akmal cuba menjaja stereotaip perkauman bahawa dirinya sebagai seorang etnik India mungkin mempunyai kecenderungan terhadap alkohol.

Ramasamy menyifatkan Dr Muhammad Akmal membuat kenyataan dangkal dan perkauman berhubung kewujudan sekolah vernakular di negara ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This