PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesan beberapa peniaga menaikkan harga jualan ketika melakukan lawatan di beberapa bazar Ramadan di seluruh negara.
Namun begitu, beliau percaya ianya bukanlah impak daripada kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tetapi peniaga terbeban dengan kos sewa tapak yang tinggi.
Ujar beliau, dalam keadaan sebegini perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dan lebih perit lagi apabila mengetahui bahawa tapak bazar ini dikawal oleh agen-agen tertentu.
“Pertamanya kos sewa itu pun terlalu tinggi, jadi kita telah memberi arahan kalau kos itu dikendali oleh majlis perbandaran jangan tekankan dalam keadaan sekarang.
“Kemudian di sebahagian majlis perbandaran (tapak) itu diberikan kepada agen-agen, jadi akhirnya penyewa tidak sewa secara langsung kepada majlis perbandaran, jadi kos meningkat.
Baca artikel lain: PM akui kenaikan SST beri kesan kepada inflasi, harga barang namun terkawal
“Saya dapati bahawa sekiranya kos sewa itu lumayan (murah) dia tidak sangat mengesankan. Pasar Ramadan tidak ada kena mengena dengan SST ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dikemukakan dikemukan oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkenaan impak SST kepada peniaga bazar Ramadan.
Pada masa sama, Anwar mahu situasi ini dipantau dan diambil tindakan pembetulan agar ianya tidak terus merebak sekali gus memberi kesan buruk bukan sahaja kepada peniaga malah pengguna juga.
“Kebanyakan yang mengeluh ialah kerana kadar sewa yang tinggi, pada pendapat saya majlis-majlis perbandaran tidak ada sebab mengapa mengenakan sewa yang tinggi kepada bazar Ramadan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

