Dividen memberangsangkan KWSP cerminkan keyakinan pelabur dasar Kerajaan MADANI – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGAGIHAN kadar dividen 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, pencapaian KWSP itu menunjukkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur.

Menurut Perdana Menteri, ia turut disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI sekali gus memanfaatkan rakyat untuk pertumbuhan sejagat dan lestari.

Beliau berkata, prestasi memberangsangkan KWSP itu dipacu kepesatan pasaran modal Malaysia yang mekar di tengah tantangan ekonomi global yang penuh dengan pelbagai cabaran.

“Alhamdulillah, KWSP telah mengumumkan kadar dividen yang gemilang dengan jumlah agihan tertinggi dalam sejarah yakni RM73.24 bilion.

“Malah, Simpanan Shariah juga melakar sejarah dengan julung kalinya mencapai kadar yang setara dengan Simpanan Konvensional.

“Dengan keyakinan yang semakin meningkat dalam ekonomi negara, Insya-Allah kita akan mara dengan penuh iltizam, memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai oleh seluruh rakyat,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Dividen tinggi hasil positif pelan strategik pelaburan KWSP

Terdahulu, KWSP mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Shariah untuk tahun 2024, menjadikan kadar tertinggi sejak tahun 2017.

Sebagai rekod, kadar dividen bagi tahun 2023 untuk Simpanan Konvensional adalah 5.50 peratus manakala 5.40 peratus untuk Simpanan Shariah.

Dividen bagi 2022 sebanyak 5.35 peratus bagi simpanan Konvensional dan 4.75 peratus bagi simpanan Shariah.

Dividen paling tinggi pernah diagihkan KWSP adalah 8.5 peratus iaitu dari 1983 hingga 1987.

Pengkreditan dividen bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah akan selesai esok, 2 Mac 2025 dengan ahli boleh menyemak akaun mereka melalui i-Akaun atau mendapatkan penyata di Terminal Layan Diri (SST) KWSP di seluruh negara.

Jumlah agihan bagi Simpanan Konvensional adalah sebanyak RM63.05 bilion manakala RM10.19 bilion untuk Simpanan Shariah menjadikan jumlah keseluruhan pengagihan untuk tahun 2024 sebanyak RM73.23 bilion.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This