PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI (MTMM) yang pertama untuk tahun ini, pagi tadi.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memberitahu pelbagai perkara telah dibincangkan bersama ahli majlis berhubung pengukuhan dan penambahbaikan dalam tadbir urus Kerajaan MADANI.
Menurut beliau, ia menitikberatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
“Usul dan keputusan yang dibuat di peringkat majlis ini akan disusuli oleh gerak kerja di peringkat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR).
Baca artikel lain: Pemeteraian kerjasama syarikat pereka cip terbesar dunia letak Malaysia pemain utama teknologi – PM
“Pasukan itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.
“Saya percaya koordinasi yang tersusun dalam kalangan agensi kerajaan akan memastikan matlamat yang disasarkan akan tercapai dan mendatangkan hasil dengan lebih efisien,” katanya dalam hantaran tersebut.
Majlis Tindakan Malaysia MADANI merupakan forum tertinggi bertujuan untuk menetapkan dasar dan hala tuju pelaksanaan.
Selain itu, ia juga bertujuan menimbang dan membuat keputusan dasar mengenai isu-isu pelaksanaan agenda Malaysia MADANI.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

