Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM Putrajaya

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi merakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram melibatkan dirinya.

Ismail Sabri tiba kira-kira pada jam 9.45 pagi tadi menaiki sebuah kereta jenis Audi berwarna hitam dan sempat melambai kepada para media yang berada di lokasi tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Putrajaya jam 9.46 pagi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram. GAMBAR: Abd Razak Aid

Rakaman percakapan itu diteruskan oleh SPRM selepas tempoh cuti sakit Ahli Parlimen Bera itu tamat pada Rabu.

Sebelum ini, Ismail Sabri sepatutnya dijadual hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada 5 Mac untuk memberi keterangan.

Namun, beliau tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dan telah diberi sijil cuti sakit oleh doktor yang merawatnya sehingga semalam.

Jumaat lalu, pegawai SPRM turut menemu bual doktor yang merawat Ismail bagi menilai tahap kesihatannya selepas beberapa kali sijil sakit dikeluarkan.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang memaklumkan, Ismail Sabri akan diambil keterangan pada 13 Mac selepas difahamkan penyakit Ismail tidak begitu serius.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This