Sapura: Suntikan modal bantu selamatkan pekerja tempatan – Anwar Ibrahim

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan suntikan modal baharu yang diberikan Kerajaan Persekutuan kepada Sapura Energy Berhad (SEB) adalah untuk membantu dan menyelematkan pekerja tempatan yang sekian lama tidak menerima bayaran.

Anwar yang merangkap Menteri Kewangan menekankan, suntikan modal baharu berjumlah RM1.1 bilion itu juga dalah khusus untuk pembayaran hutang SEB dengan vendor iaitu melibatkan 2,000 vendor perusahaan kecil sederhana (PKS) minyak dan gas tempatan yang majoritinya syarikat Bumiputera.

Katanya, suntikan modal ini adalah sebahagian daripada usaha penstrukturan semula SEB dan ia penting untuk menyelamatkan ekosistem industri minyak dan gas tempatan.

“Amat penting untuk ditegaskan bahawa suntikan modal ini juga tidak sama sekali memanfaatkan pemegang saham atau pengurusan SEB.

“Dalam penstrukturan semula SEB, pemegang saham utama sebelum ini tidak lagi terlibat dalam pengurusan SEB. Pengurusan baharu profesional telah dilantik untuk melaksanakan penstrukturan semula SEB,” katanya,

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, proses audit sememangnya telah dilaksanakan dan ketekunan wajar tambahan akan dilaksanakan sebagai prasyarat dalam memuktamadkan penstrukturan semula dan suntikan modal RM1.1 bilion.

Selanjutnya, kata beliau, dapatan due diligence itu akan dikongsikan kepada agensi penguatkuasaan berkenaan seperti Suruhanjaya Sekuriti sama ada tindakan perlu diambil ke atas mana-mana pihak.

“Kerajaan MADANI tetap mengutamakan ketelusan dan amalan tatakelola baik dalam pengurusan. Penstrukturan semula SEB telahpun melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah.

“Suntikan Kerajaan bukannya geran tetapi merupakan pelaburan ke arah memulihkan ekosistem O&G yang strategik untuk ekonomi negara,” katanya.

Semalama, Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam kenyataan memaklumka, Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam SEB akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan, tanpa memberi manfaat kepada mana-mana pemegang saham SEB atau pemiutang kewangan sedia ada.

Sebagai pemegang saham utama SEB sedia ada, PNB menjelaskan, pembiayaan itu penting untuk kelangsungan kewangan penyedia perkhidmatan Malaysia dalam ekosistem minyak dan gas.

Hal itu menurut PNB penting memandangkan SEB mempunyai lebih 2,000 vendor, kebanyakannya adalah PKS serta menggaji kira-kira 59,000 pekerja teras dalam industri minyak dan gas.

PNB memaklumkan, SEB adalah penyedia perkhidmatan kritikal untuk industri minyak dan gas Malaysia dan pelaburan itu menyokong perniagaan tempatan serta mengekalkan integriti rantaian bekalan.

Memelihara SEB dan ekosistem minyak dan gas yang lebih luas adalah penting untuk kesinambungan projek yang menyumbang kepada hasil dan jaminan tenaga negara, malah inisiatif itu memastikan kestabilan dan kemajuan keseluruhan rantaian nilai minyak dan gas Malaysia, menurutnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This