PM letak harapan tinggi jentera perkhidmatan awam pacu perubahan negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan harapan yang tinggi ke atas keseluruhan jentera perkhidmatan awam diterajui Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam memacu perubahan diperlukan negara.

Hasrat itu disampaikan Perdana Menteri ketika menghadiri Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan, pagi tadi.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memberitahu, sesi permukiman itu diadakan susulan permukiman Jemaah Menteri yang telah dilaksanakan Januari lalu.

Menurut Perdana Menteri, sinergi anggota pentadbiran merangkumi Jemaah Menteri dan perkhidmatan awam amat penting.

Baca artikel lain: Malaysia perkukuh peranan di ASEAN, tingkat penglibatan peringkat global – PM

“Sinergi anggota pentadbiran yakni Jemaah Menteri dan perkhidmatan awam dalam menelusuri agenda dan program keutamaan rakyat amat penting dalam memastikan kejayaan Ekonomi MADANI yang dilaksanakan kerajaan.

“Saya meletakkan harapan yang tinggi ke atas keseluruhan jentera perkhidmatan awam yang diterajui Ketua Setiausaha Negara dalam memacu perubahan yang diperlukan negara.

“Aspek komunikasi berkesan kepada keseluruhan jentera kerajaan turut perlu diberi kepentingan agar inisiatif yang direncanakan ini difahami oleh setiap golongan masyarakat,” katanya dalam hantaran tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This