MALAYSIA menyatakan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memerangi Islamofobia serta semua bentuk keganasan dan kebencian terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan.
Sempena sambutan Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia, Kementerian Luar menegaskan, Malaysia secara konsisten menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara budaya, tamadun dan kepelbagaian agama bagi memupuk keamanan serta keharmonian antara negara.
Menurut Kementerian Luar, menangani Islamofobia pada peringkat akar umbi memerlukan penglibatan di pelbagai peringkat terutama di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Majlis Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Katanya, dialog terbuka perlu sentiasa digalakkan bagi mengelakkan salah faham atau salah tafsiran terhadap agama Islam dan umatnya.
“Ketika sentimen kebencian dan keganasan terhadap Islam serta umat Islam sedunia yang kian meruncing, adalah penting bagi menggalakkan perpadan dan memupuk keharmonian dan keamanan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan.
“Peningkatan kebencian, intoleransi dan keganasan terhadap umat Islam serta minoriti agama lain kekal membimbangkan.
Baca artikel lain: Wisma Putra di bawah Mohamad membanggakan negara – PM
“Fitnah terhadap mana-mana agama adalah pelanggaran hak asasi manusia dan bertentangan dengan semangat Artikel 1 dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia PBB yang menegaskan bahawa semua manusia dilahirkan bebas dan sama rata dari segi martabat dan hak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata, Malaysia terus menggesa supaya pelantikan Wakil Khas PBB bagi Memerangi Islamofobia disegerakan.
Kementerian itu memberitahu, Malaysia juga telah melantik Penasihat Khas bagi Pembangunan Keamanan, Pendamaian dan Memerangi Islamofobia sebagai tanda komitmen dan kesungguhan negara dalam menangani isu itu.
“Kerjasama pelbagai pihak adalah amat penting dalam membentuk masyarakat dunia yang menghormati dan meraikan kepelbagaian serta memastikan pemahaman dan keharmonian dapat dikekalkan.
“Malaysia kekal teguh dalam usahanya menangani Islamofobia dan akan terus menggalakkan budaya toleransi dan keamanan berlandaskan kepada hak asasi manusia serta menghormati kepelbagaian agama dan kepercayaan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

